Kisah cinta antara Zalif dan Fida pernah menjadi kontroversi suatu ketika dulu kerana kewujudan seorang gadis misteri yang menyerang Fida melalui pelbagai tohmahan di SMS hingga menyebabkan pasangan ini berjauh hati antara satu sama lain. Namun, minggu lalu hubungan Zalif dan Fida dikatakan kembali berbaik semula. Kata beliau:

“Ya, saya akui saya berkawan baik dengan dia dan sebelum ini pun kami berenggang seketika kerana sibuk dengan kerja. Selain itu, kisah hubungan kononnya ada orang ketiga dalam hubungan kami menyebabkan kami mengambil masa sekejap untuk berjauhan. Sampai sekarang saya tidak tahu siapakah individu itu.”

Zalif mengakui ada berjumpa Fida di sebuah acara anjuran Finas yang diadakan di Kelantan dan berbincang tentang masalah hubungan mereka. Selepas pertemuan itu, mereka bertemu sekali lagi ketika menghadiri sebuah majlis doa selamat malah dia dan Fida kebetulannya mengenakan pakaian yang berwarna sedondon. Semenjak itulah hubungan mereka kembali bertaut. Tambah Zalif lagi yang kini sibuk dengan pembikinan filem Jangan Pandang Belakang Boleh arahan Ismail Bob Hashim:

“Saya diundang untuk menghadiri majlis doa selamat kawan saya dan tidak merancang untuk memakai baju Melayu berwarna hijau yang secara tidak langsung sama dengan Fida ketika itu. Ia hanya kebetulan,”

Jelas Zalif lag:

“Kami bersemuka dan berbincang masalah sebenar yang terjadi antara kami. Selagi perkara boleh diselesaikan saya akan cuba selesaikan dan elak daripada berkongsi dengan orang luar. Saya seorang yang jujur dan kalau saya menyukai seseorang saya akan cakap suka. Memang dari awal lagi saya suka Fida.

“Saya suka akan penampilannya, cara bekerja dan kehidupan peribadinya. Sekarang kalau boleh sekadar mahu berkawan rapat dan kenal satu sama lain.”

(Sumber Berita)