Yuna

Ayat-ayat cinta dijumpai di laman Tumblr milik penyanyi indie Yuna, “Sometime around tonight, last year, a special person walked into my life and I can’t imagine my life for the past year if we had never crossed paths.” Adakah ini merupakan pengakuan Yuna sedang bercinta dengan Julian Schratter?

Apa yang menjadi persoalannya di sini, adakah benar Yuna dan Julian sedang bercinta? Atau kata-kata ini sekadar sumber ilham buat penyanyi itu untuk menghasilkan karya-karya terbarunya? Bagaimanapun, kita nantikan sahaja pengesahan sebenar status terbaru Yuna nanti.

Sebelum ini Yuna pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Qi Razali. Kira-kira setahun lepas hubungan itu telah terputus dan mereka berdua telah membawa haluan masing-masing. Desas-desus yang Yuna bercinta dengan jurugambarnya di Amerika Syarikat, Julian Schratter atau lebih dikenali sebagai Jules di kalangan peminat Yuna selepas itu.

(Sumber Berita)