Sejumlah aktivis wanita daripada pergerakan Let’s Save Togo menyerukan agar seluruh wanita di negara tersebut melakukan mogok seks selama seminggu. Hal ini dilakukan dalam rangka mendesak para lelaki di Togo untuk mendokong tunjuk perasaan menuntut reformasi politik di negara tersebut untuk memaksa presiden meletak jawatan.

“Kami menyerukan kepada seluruh wanita di negeri ini untuk tidak berhubungan seks dengan suami-suami mereka selama seminggu sejak Isnini (27/8). Bagi kita, ini menjadi satu-satunya cara untuk mendapat sokongan daripada kaum lelaki, tidak hanya dari kelompok aktivis, tapi lebih daripada itu agar mendokong perjuangan Let’s Save Togo yang telah berlangsung sejak beberapa minggu ini,” jelas seorang aktivis, Isabelle Ameganv.