Wanita Muda Gaza Jadi Ibu Kembar 11

Seorang wanita muda berusia 21 tahun yang tinggal di Gaza, Naima al-Batash, melahirkan anak kembar lima, selepas melahirkan kembar enam sebelum ini. Ini menjadikan wanita Palestin itu sebagai ibu kepada 11 orang anak.

“Saya betul-betul tidak mahu melahirkan anak lagi, tapi ini yang berlaku. Ketika sesi menyusu, saya akan menidurkan seorang bayi, namun bayi yang lain mula bangun, jadi saya akan mula menyusu semula. Keadaan yang sama berulang semula menyebabkan kepala saya berpusing-pusing,” katanya.

Apa pun kata Naima, Allah telah memberikan anak-anak berkenaan maka menjadi tanggungjawabnya untuk membesarkan mereka.

Suami Naima iaitu Raad yang hanya bekerja sebagai kakitangan kerajaan kini mula merasa pening apabila memikirkan mengenai kewangan. Dengan gaji sebanyak $500 sebulan, hampir separuh daripada gajinya digunakan untuk membayar hutang.

“Apa yang saya rasakan ketika ini ialah terpaksa menggunakan wang yang banyak untuk membeli susu dan lampin,” kata Raad.