Baru-baru ini ketika meraikan Hari Guru, Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Bestari telah menjemput bintang parodi yang popular di YouTube iaitu Bobo sebagai tetamu undangan untuk mempersembahkan gaya popularly di depan para pelajar sekolah tersebut. Namun, kehadiran Bobo pada majlis itu telah menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak apabila ramai yang tidak bersetuju dan menganggap Bobo membawa pengaruh yang tidak baik kepada pelajar sekolah serta generasi muda pada masa kini. Malah ramai yang mempersoalkan kenapa Bobo pula yang dijemput sedangkan ramai lagi artis muda popular lain yang boleh dijadikan model peranan dan contoh kepada golongan belia ini.

Pada permulaannya, kemunculan Bobo dengan video parodi Sayang nyanyian Shae menambat hati banyak pihak sehinggakan ia dilakukan semula oleh Johan Raja Lawak di sebuah rancangan televisyen. Namun sejak kebelakangan ini, semakin ramai pula yang meluat dengan aksi pemuda yang masih menuntut di Melaka ini.

Harapan kami adalah agar Bobo menghentikan melakukan gaya parodi ini di hadapan khalayak ramai, dan apa kata tampil dengan identiti sendiri. Mungkin dengan cara itu, orang ramai tidak lagi mencemuh dan mengutuk aksi kebapukan anda yang kelihatan semakin melalut dan menyampah itu.