Black

Kedua-dua lelaki dan wanita sama-sama memiliki payudara. Namun, hanya payudara wanita sahaja yang lebih menarik perhatian, kerana selain membangkitkan nafsu seksual, payudara juga melambangkan keindahan dan kewanitaan.

Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang payudara wanita yang tidak banyak diketahui umum.

1. Yang Kiri Biasanya Lebih Besar

Meskipun kelihatan seperti gunung berkembar, namun saiz payudara kanan dan kiri tidak benar-benar sama. Biasanya payudara sebelah kiri adalah lebih besar berbanding dengan yang kanan. Bentuk puting di puncak payudara juga sangat berbeza-beza antara seorang wanita dengan yang lain.

2. Rambut di Areola

Setiap wanita mempunyai rambut di areolanya. Memang rambutnya tidak lebat, hanya 2-15 helai. Semakin gelap warna kulit, semakin gelap rambut di sekitar aerola. Selain itu, payudara juga boleh dijangkiti komedo dan jerawat seperti juga kulit muka, maka jagalah kebersihan payudara.

3. Berat Payudara Puratanya 0.5kg

Secara puratanya payudara mempunyai berat sebanyak 0.5kg. Setiap payudara menyumbang kira-kira 4-5 peratus lemak tubuh dan menyumbang 1 peratus daripada jumlah berat badan seorang wanita. Apabila usia bertambah tua, payudara boleh menjadi lebih besar. Payudara juga akan kendur akibat proses penuaan. Bagi wanita perokok, payudaranya juga akan lebih mudah kendur.

4. Lebih Dari 2 Juta Wanita Memiliki Payudara Palsu

Ternyata tidak semua wanita berpuas hati dengan payudara yang dimiliki. Beberapa orang di antara mereka menginginkan payudara yang lebih montok sehingga rela melakukan implantasi. Pamela Anderson dan Katie Price adalah dua di antara lebih daripada 2 juta wanita yang memperbesarkan payudara mereka. Walaupun demikian, tidak semua wanita berasa gembira dengan hasil pembedahan plastik di payudara.

5. Payudara Membesar Apabila Terangsang

Apabila ia terangsang, payudara akan membesar kerana ketegangan.

6. Payudara Tak Suka Tergoncang

Pelbagai aktiviti sukan seperti berjogging, lari cepat atau aerobik akan membuat payudara bergoncang-goncang. Hal ini kadangkala menyebabkan ketidakselesaan dan dalam beberapa kes, kejutan pada payudara boleh melukai puting. Oleh itu, gunakanlah coli yang sesuai untuk mengelakkan kejutan sehingga anda boleh mengurangkan kesakitan di payudara.

7. Bentuk Payudara Boleh Berubah

Payudara boleh berubah bentuknya kerana posisi tidur yang salah. Tidur terlengkup dikatakan menjadi penyebab berubahnya bentuk payudara. Kerana itu perhatikanlah kedudukan tidur anda untuk menjaga ketegasan dan bentuk payudara anda. Kedudukan tidur terbaik bagi payudara adalah dengan mengiringkan badan dan gunakan bantal untuk menyanggahnya.