Toyota Motor memanggil semula 242,000 kereta bagi model Prius dan Lexus hibrid di peringkat global berikutan masalah brek yang dihadapinya. Pemandu kedua-dua model yang dikeluarkan antara Mac dan Oktober 2009, telah mengadu bahawa mereka perlu menekan lebih kuat daripada sebelum ini pada pedal brek.

Syarikat itu berkata, masalah brek yang dihadapi model Prius dan Lexus hibrid itu tidak menyebabkan sebarang kemalangan yang dilaporkan setakat ini. Katanya, pemanggilan semula bagi kedua-dua model terbabit membabitkan pemilik bagi kereta yang dibangunkan antara Mac hingga Oktober 2009.