Penang Ameno

Angin kencang dan hujan lebat mengakibatkan tiang antena di Menara UMNO di Jalan Macalister di sini runtuh dan mencederakan tujuh pengguna jalan raya, dua daripadanya parah.

Ameno1

Ameno2

Ameno3

Menurut jurucakap Balai Bomba Lebuh Pantai, tujuh kenderaan termasuk sebuah lori muatan tong gas rosak dalam kejadian lewat petang ini. Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.55 petang dan sebuah jentera bersama tujuh anggota dihantar ke tempat kejadian.

GuanEngTweetAntenna

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menulis di laman sosial Twitter: “Ibupej Bangunan UMNO Pg bhgn bumbung tumbang dan jatuh Jln Mcalister hancur 7 buah kereta. Pemandu trak gas cedera. Head office of UMNO building Penang, part of roof collapsed and fell (on) Jln Mcalister damaging seven cars. Driver of gas truck injured.”

Ribut selama sejam yang bermula pada kira-kira 7:00 menyebabkan pokok-pokok tumbang dan banjir kilat berlaku di beberapa tempat di Georgetown.

Terdapat kesesakan lalulintas yang buruk dalam bandar akibat penutupan laluan ke Jalan Macalister.