Amerika Syarikat sejak daripada dahulu lagi sudah mengangkat martabat diri sebagai Polis Dunia, yang suka masuk campur dalam urusan negara lain dengan alasan untuk membantu. Tetapi mereka tidak boleh bersembunyi dari fakta sejarah bahawa mereka sebenarnya bukan Polis Dunia, tetapi Penjajah Dunia. Kerajaan yang asalnya dulu dari British, kemudian merantau membuka tanah baru di Amerika Syarikat. Merampas tanah-tanah milik orang-orang Red Indian. Kemudiannya dipopularkan dalam filem-filem dan cerita-cerita televisyen, kononnya mereka iaitu pihak koboi adalah hero, dan Red Indian adalah orang-orang jahat / pengganas. Sedangkan hakikat yang sebenar adalah sebaliknya.

Kaedah mereka membuat propaganda dan konspirasi memburukkan orang lain dan menunjukkan mereka adalah wira sememangnya sudah lama diamalkan, sampai lah sekarang. Kaedah yang dilakukan terhadap orang-orang Red Indian itulah yang juga dilakukan terhadap kebanyakan orang-orang Islam dengan mengatakan mereka sebagai pengganas. Kejadian-kejadian seperti September 11, letupan-letupan bom di tempat awam dan sebagainya lagi dengan mudah sahaja mereka menuduh pengganas-pengganas yang kononnya adalah orang-orang Islam.

Kaedah-kaedah pemburukan itu juga seperti mereka menakut-nakutkan masyarakat dunia dengan hukuman dalam Islam seperti hukum hudud contohnya. Mereka menakut-nakutkan orang kononnya nanti ramai yang kena kerat tangan dan menunjukkan seolah-olah hukuman itu adalah zalim. Sedangkan hakikat yang sebenar adalah sebaliknya, iaitu untuk mewujudkan keamanan yang betul-betul dan membasmi jenayah. Siapa yang lebih berhak menetapkan hukum ke atas makhluk melainkan pencipta makhluk itu sendiri?

Dengan media-media utama dikuasai oleh mereka, maka mudah lah untuk mereka merancang komplot dan membuat fitnah terhadap pihak lain. Pangkat sebagai Polis Dunia yang diberi oleh AS kepada diri sendiri ini bermula di Yugoslavia dulu, kemudian berjangkit ke Afghanistan, Iraq dan sekarang ini Libya. Dan tidak mustahil akan berjangkit lagi ke negara-negara lain nanti sedikit demi sedikit. Apa hak kerajaan Amerika Syarikat untuk melakukan ini semua? Tidak lain tidak bukan hanya lah kerana mereka telah dikuasai oleh segolongan elit yang memegang kuasa dunia sekarang ini.

Ada yang mengatakan Amerika Syarikat layak menjadi Polis Dunia kerana negara-negara lain lemah dan perlu mendapat bimbingan AS. Tetapi apa yang kita dapat tengok, usaha-usaha campurtangan AS ke dalam kebanyakan negara adalah semakin memburukkan keadaan, dengan ramai orang awam dan kanak-kanak yang tidak bersalah menjadi mangsa.

Kemudiannya, yang mendapat untung dan boleh mengaut hasil bumi negara tersebut adalah AS sendiri. Maka jelas di situ , mereka sanggup menghabiskan duit rakyat mereka sebanyak berjuta malah berbillion dollars adalah kerana untuk mengaut keuntungan yang jauh lebih besar kemudiannya. Kerana itulah negara-negara yang mereka cuba campurtangan sekarang ini adalah negara-negara yang mempunyai banyak hasil bumi terutamanya “minyak”.