Sehelai seluar Levi’s yang dipakai oleh pelakon Mark Hamill ketika memegang watak Luke Skywalker di dalam filem Star Wars dilelong semalam dengan harga AS$36,100 (RM108,967), menurut Rumah Lelongan Nate D. Sanders dalam laman webnya.

Seluar itu dipakai Hamill ketika membintangi filem tersebut pada tahun 1977.

Sebelum ini ia dijangka mampu dilelong pada harga antara $70,000-$100,000 (RM211,295 – RM301,850).