Selamat pengantin baru kami ucapkan kepada pendakwah bebas terkenal dari Terengganu, Ustaz Azhar Idrus (UAI), yang baru sahaja selamat diijabkabulkan dengan anak saudara Tuan Haji Omar bin Tahar, Ketua Cawangan PAS Keramat Permai AU 1, Hulu Klang di Gombak. Ini merupakan perkahwinan ketiga beliau dan isteri-isteri UAI turut sama kelihatan di majlis tersebut.

Ustaz Azhar Idrus amat dikenali sebagai seorang yang sangat tinggi ilmu agamanya, memandangkan di dalam setiap kali ceramah sentiasa sahaja beliau membuka peluang untuk orang ramai bertanyakan apa sahaja soalan. Secara spontan, Ustaz Azhar Idrus mampu memberikan penjelasan yang tepat dan menarik secara berseloroh dan bersahaja.

Gambar-gambar yang diambil sekitar majlis perkahwinan beliau:

UAI Sign Borang Nikah

UAI Kahwin Makan Beradab

UAI Dan Isteri Baru Makan

UAI Bersama Isteri-Isteri

UAI Dan Isteri-Isteri Bersama

BaarakalLahu-Lakuma wa-baraka ‘alaikuma wa-jama’a bainakuma fi-khair.

(Sumber Berita)