Sai Fool Dan Jalangnya

Individu yang mendakwa diliwat oleh Ketua Umum PKR, Mohd Saiful Bukhari bin Azlan, telah diijabkabulkan dengan pasangannya iaitu personaliti dan wartawan TV3, Nik Suriani Megat Deraman.

Saiful, 28, sah menjadi suami kepada Nik Suryani, 33, dengan sekali lafaz di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) di Kuala Terengganu tepat pada jam 3.30 petang tadi dan telah dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Megat Deraman Megat Stan.

Pihak perempuan menerima sembilan dulang hantaran berbalas 11 daripada pihak lelaki dan mas kahwin bernilai RM41,101. Majlis persandingan dijadualkan berlangsung malam ini di Dewan Konvensyen TTI pada jam 8.30 malam, manakala majlis di pihak lelaki akan diadakan pada 2hb Jun ini di Kuala Lumpur.