Rantai Mewah 2400 Tahun 2

Perhiasan memang tidak pernah terlepas daripada menjadi identiti seorang wanita. Bahkan para wanita yang hidup di zaman dahulu pun sudah akrab dengan pelbagai jenis perhiasan seperti rantai, anting-anting, gelang dan sebagainya. Ini jelas terbukti setelah seutas rantai diperbuat daripada batu ditemui di sebuah perkuburan yang terletak di pergunungan Altai, Siberia oleh seorang penyelidik arkeologi bernama Yelena Borodovskya. Rantai ini dikatakan berusia 2400 tahun dan diberi gelaran “Kalung Cleopatra”. ini memang sudah dijumpai sembilan tahun lalu, namun ini pertama kalinya kalung manik ini dipamerkan. Akademik Siberia menunjukkan gambar asal rantai yang dijumpai di rangka manusia wanita berusia 25 tahun ini.

Rantai Mewah 2400 Tahun 1

“Rantai ini mempunyai warna menarik, indah dengan kilauan kuning dan biru. Saya telah terlibat dengan barangan antik selama lebih dari 30 tahun, dan penemuan rantai ini mungkin yang paling indah,” jelas Profesor Andrey Borodovsky, yang berkerja dengan Institut Arkeologi dan Etnografi, Novosibirsk. Beliau menjelaskan bahawa pembuatan rantai ini menggunakan teknik millefiori yang dibuat dengan potongan kaca. Selain rantai, penyelidik juga mendapati cermin gangsa pada rangka manusia tersebut. Mereka meyakini, kerangka itu berasal daripada golongan bangsawan atau suku yang dihormati pada waktu itu. Artifak seperti rantai ini memang belum pernah ditemui sebelum ini di Rusia. Walaupun demikian Borodovsky mengatakan bahawa beliau tidak terkejut jika di daerah terpencil seperti Siberia kuno sudah ada orang yang menggunakan perhiasan.