Jawatankuasa Lawan Murtad 2

Sebuah jawatankuasa khas untuk menangani gejala murtad yang dipengerusikan Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Dato’ Abdul Malik Kassim, telah ditubuhkan dengan rasminya dalam Mesyuarat MMK (Agama) pada pagi tadi. Penubuhan jawatankuasa berkenaan adalah antara rumusan yang dibuat dalam Muzakarah Menangani Isu Murtad di Pulau Pinang yang berlangsung pada 26hb Februari 2013. Ia disertai pelbagai agensi kerajaan dan NGO Islam.

Muzakarah yang dipengerusikan oleh Abdul Malik turut dihadiri Ketua Hakim Syarie P.Pinang, Majlis Fatwa, Jabatan Mufti, MACMA, IPSI, HALUAN, Skuad Mubaligh, Pertubuhan Al Khadeem, Perkim dan JHEAIPP.