Sebuah pesawat pejuang F-15 milik tentera Amerika Syarikat terhempas di perairan Jepun, selatan wilayah Okinawa, kata beberapa pengawal pantai Jepun di Tokyo, hari ini. Juruterbang berjaya melentingkan diri dengan selamat.

“Kami menghantar kapal terbang dan beberapa buah kapal peronda ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan dari Pangkalan Tentera Udara Kadena,” kata seorang pegawai pengawal pantai kepada agensi berita AFP.

“Kami dengar hanya juruterbang berada di dalam pesawat ketika kejadian dan dia berjaya melenting keluar menggunakan payung terjun,” katanya.