Sally_Yen

Kini sudah menjadi trend semasa di Facebook apabila ada pengguna yang melakukan provokasi perkauman yang berakhir dengan Rasulullah SAWS dan Islam menjadi cacian lawan mereka. Isu ini tidak perlu dipolitikkan seperti yang dilakukan oleh para penulis blog yang cenderung kepada UMNO dan Barisan Nasional. Seharusnya hujah yang bernas daripada pihak Islam diberikan untuk mematahkan hujah-hujah ini supaya mereka faham agar jangan menghina agama.

Mengenai dakwaan Sally Yen seperti yang terdapat di dalam imej di atas, ia sudah dipatahkan menerusi artikel-artikel ini yang boleh dicapai oleh sesiapa pun yang mahu membacanya dan berfikir tentang jawapan daripada kami di pihak Islam:

Jika mahu bercakap mewakili pandangan Islam, gunakanlah metod dakwah yang qudwah hasanah, suri teladan yang baik dan bukan mengecam dan mencari yang gaduh akhirnya menjadi sebahagian “share” kamu juga. Lebih elok diperhalusi persuci tauhid untuk mencapai iman yg hanif.

Berbalik kepada isu Sally Yen ini, berilah nasihat yang baik supaya beliau faham dan meminta maaf. Jika berdegil, maka pihak berkuasa polis boleh mengajarnya dan ambillah kes ini sebagai pengajaran agar lain kali jangan mencampur-aduk semua perkara dalam Facebook serta cabar-mencabar.