Pelumba Basikal Muda Terengganu Terbunuh Dalam Kemalangan Jalan Raya Ketika Latihan

Pelumba pelapis negeri terbunuh ketika menjalani latihan apabila basikal yang ditunggang beliau bertembung dengan lori di hadapannya, pagi Rabu.

Mohd Shafiq Imran Syahril, 15, sedang menjani latihan dengan kira-kira 40 penunggang basikal muda lain sebelum kemalangan itu berlaku pada pukul 9.30 pagi di Kampung Gemuruh, Tepuh. Salah seorang daripada penunggang basikal telah terlanggar lubang di jalan, menyebabkan mereka yang lain terpaksa memasuki lorong bertentangan arah yang mempunyai lori.

Mohd Shafiq Imran telah diheret oleh lori dalam jarak beberapa meter dan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Dua penunggang basikal lain yang berumur 14 dan 19 mengalami kecederaan ringan manakala selebihnya tidak cedera.