Nazmi Faiz

Nazmi Faiz mempunyai peluang untuk menarik perhatian K. Rajagobal selepas beliau dipanggil untuk menggantikan Badhri Radzi di pasukan negara. Nazmi, yang pada mulanya berada di senarai pemain-pemain menunggu, dipanggil selepas ketua pasukan Kelantan, Badhri Radzi mengalami kecederaan.

Rajabobal berkata baru-baru ini:

“Saya telah memberikan Nazmi peluang ini supaya beliau dapat buktikan kepada dirinya dan berikan yang terbaik. Beliau pada mulanya berada di senarai pemain-pemain ‘standby’ tetapi saya telah memanggilnya untuk menggantikan Badhri. Saya akan perhatikan kemajuan beliau di Australia. Jika beliau berjaya menarik perhatian saya, beliau akan memberikan saya lebih banyak pilihan di perlawanan-perlawanan akan datang.”

Harimau Malaya akan bertolak ke Australia pada hari ini untuk beberapa perlawanan persahabatan menentang pasukan-pasukan dari Austaralia.