Mati Terjatuh Semasa Berasmara

Sepasang kekasih di Wuhan, China ditemui mati dalam keadaan berbogel setelah dikatakan terjatuh daripada pangsapuri rumah mereka kerana terlalu asyik berasmara di sini baru-baru ini. Menurut sumber, pasangan itu dikatakan sedang “bergurau-senda” di tepi tingkap rumah mereka sebelum si wanita gagal mengimbangi badannya. Dikatakan apabila wanita tersebut mengalami klimaks dan membengkokkan badannya ke belakang, tingkap tersebut pecah dan pasangan ini terjatuh daripada tingkat lima yang mengakibatkan tragedi ini.

Pasangan Maut Berasmara Tingkap

Pihak polis percaya, berdasarkan siasatan awal, tingkap rumah berkenaan didapati rosak dan mungkin “menyumbang” kepada kejadian ngeri tersebut. Kedua-dua mayat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan di seluruh badan. Bagaimanapun sehingga kini siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kejadian sama ada disebabkan mereka terlalu asyik mengadakan hubungan seks di tepi tingkap ataupun disebabkan ada unsur-unsur jenayah yang lain.

Yang pasti menurut penduduk setempat, cuaca panas di daerah itu sejak akhir-akhir ini mungkin menjadi penyebab mengapa pasangan itu memilih tingkap sebagai tempat melampiaskan keinginan berjimak mereka. (Sumber)