Pada masa ini jualan tiket filem francais Fast And Furious 6 atau juga dikenali sebagai Fast 6 sedang hangat dijual seperti pisang goreng panas. Namun, apa yang ingin dikongsikan adalah reaksi yang ditunjukkan oleh para pelakon filem inim iaitu Vin Diesel, Michelle Rodriquez, Gina Carano dan Luke Evans yang terkejut dengan harga jualan kereta-kereta di Singapura. Wartawan yang menemuramah mereka meminta keempat-empat pelakon terkenal Hollywood itu untuk meneka harga kereta yang dinyatakan dan semua tekaan mereka itu tersasar jauh daripada harga sebenarnya.

Sebagai contoh, Vin Diesel begitu terperanjat apabila diberitahu kereta jenis Toyota Prius di Singapura berharga sebanyak USD154,000 berbanding tekaannya iaitu USD50,000. Malah Diesel sempat berjenaka dengan mengatakan janganlah membeli kereta di Singapura jika mahu menjadi warganegara yang bijak.

Ternyata bahawa harga jualan kereta di negara republik itu teramatlah tinggi kerana pemerintah tidak mahu menggalakkan penduduk di sana membeli kereta untuk mengelak masalah kesesakan trafik di negara tersebut.

Carian terma terkini:

  • pelakon fast and furious 6