PapaGomo

Penulis blog pro-UMNO yang sering menyiarkan berita-berita fitnah dan lucah mengenai para pemimpin Pakatan Rakyat, Papa Gomo mengumumkan bahawa dia mahu “bersara” daripada menulis di blognya. Perkara ini dinyatakan dalam laman mikro Twitter menggunakan nama @PapaGomo. Penulis blog ini mendakwa bahawa perjuangannya dalam dunia blog sudah berakhir.

I’m done (saya sudah selesai). Itu yang Gomo boleh katakan dalam perjuangan dengan nama blog Papa Gomo. Bagi peluang blogger baru gegar alam maya ini,” tulisnya pada hari Isnin lalu.

PapaGomo1

Menurutnya lagi, dia juga mahu fokus kepada perniagaan pakaian untuk menghadapi bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.

PapaGomo2

Papa Gomo merupakan penulis blog yang tidak asing dengan hasil tulisan dan pendedahan yang mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan pelbagai skandal. Terbaru, blogger berkenaan berhadapan dengan kes saman oleh ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang akan didengari pada awal tahun depan. Saman fitnah RM100 juta itu difailkan Anwar 21 Mac lalu dengan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog berkenaan. Ia ekoran penayangan video lucah yang didakwa sebagai pemimpin pembangkang itu.

Wan Muhammad Azri bagaimanapun menafikan bahawa beliau adalah pemilik blog berkenaan.