Osama bin Laden dikatakan telah meletupkan dirinya untuk mengelak daripada ditangkap, kata pengawal peribadi bekas pemimpin al-Qaeda itu kepada Gulf News pada hari Isnin.

“Pasukan khas AS tidak membunuh Osama Bin Laden. Beliau meletupkan dirinya sendiri untuk mengelak daripada ditangkap selepas tentera Amerika menyerbu tempat persembunyiannya di Pakistan pada 2011,” kata Nabil Naim Abdel Fattah, seorang bekas pemimpin Jihad Islam di Mesir.

“Presiden Amerika telah berbohong apabila beliau mendakwa bahawa Bin Laden dikebumikan di laut,” katanya lagi.

Abdel Fattah mengakui bahawa dia tidak hadir di tempat kejadian, tetapi berkata beliau “mendengar apa yang berlaku di sana daripada sepupu Bin Laden.”

Bin Laden telah “memakai tali pinggang letupan pada sepuluh tahun terakhir dalam hidupnya. Beliau menegaskan tidak akan menyerahkan dirinya kepada Amerika. Perisikan Amerika telah merancang untuk menangkapnya hidup-hidup, tetapi mereka salah mengira. Beliau meletupkan dirinya untuk mengelak daripada ditangkap kerana mahu melindungi rahsia sehingga mati,” ujar Abdel Fattah.

(Sumber Berita)