Rafael Nadal mahu meningkatkan prestasinya selepas hampir tewas kepada Fabio Fognini di pusingan ketiga Pertandingan Terbuka Perancis. Nadal memerlukan hampir dua jam 45 minit untuk akhirnya menewaskan pemain berasal daripada Itali itu 7-6 (7/5) 6-4 6-4.

Beliau berkata selepas perlawanan itu: “Saya perlu tingkatkan lagi prestasi saya jika saya mahu menjadi juara. Perkara yang postif adalah saya telah bermain dengan agak baik di beberapa minggu yang lalu. Saya telah bermain dengan baik dua minggu yang lalu, jadi saya yakin prestasi saya akan meningkat tidak lama lagi.

“Apa yang saya perlu lakukan adalah untuk bermain dengan lebih tenang. Saya perlu memperbaiki ‘timing’ saya. Saya juga perlu perbaiki arah pemukulan saya, cara saya memukul bola.”

Beliau akan bertemu dengan pemain dari Jepun, Kei Nishikori pada hari Isnin.