Jose-Mourinho

Jose Mourinho dijangka menjadi pengurus Chelsea hujung minggu ini, sekaligus mengesahkan spekulasi mengenai kembalinya semula ke kelab dari London itu.

“Saya tidak boleh bercakap sebagai pengurus Chelsea sekarang kerana ia belum lagi,” kata Mourinho kepada stesen televisyen Sepanyol menerusi program Punto di Madrid hari ini.

“[Namun] saya akan ke London antara Isnin atau hujung minggu ini dan menjadi pengurus baru Chelsea,” katanya.