Michelle Yeoh

Pelakon yang terkenal menerusi filem James Bond, “Tomorrow Never Dies”, Tan Sri Michelle Yeoh, telah menerima darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri sempena ulang tahun hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muā€™adzam Shah, pada hari Sabtu yang lalu.

Michelle Yeoh sebelum ini telah giat menyertai kempen menyokong Barisan Nasional secara terbuka dan menyeru rakyat Malaysia agar memilih semula Dato’ Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri pada PRU-13 yang lepas.

Selain beliau, pereka kasut terkenal antarabangsa, Datuk Jimmy Choo dan pereka fesyen yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat, Datuk Zang Toi masing-masing juga dianugerahkan darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.