hina-nabi

Dua akaun Facebook menggunakan nama “Calvin Gani” dan “Rakyat Anarki” mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini apabila memaparkan kenyataan menghina. Sehubungan itu, Pertubuhan Gerakan Siber 1Malaysia (GS1M) membuat laporan polis terhadap dua individu yang membuat kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW dan Polis Diraja Malaysia melalui laman media sosial.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengenal pasti identiti dua individu yang didakwa menghina Nabi Muhammad S.A.W melalui laman sosial Facebook dan menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kementerian itu memandang serius kes penyalahgunaan Internet di negara ini, terutama membabitkan penyebaran fitnah dan hasutan yang boleh menimbulkan keresahan dan kemarahan rakyat.

Beliau berkata kecanggihan teknologi membolehkan individu terbabit dikesan pihak berkuasa seperti kes-kes sebelum ini termasuk yang menghina Yang di-Pertuan Agong.