Jika pada kebiasaannya, rekabentuk masjid di alam Nusantara mempunyai kubah, tidak bagi Masjid Al-Irsyad yang terletak di Padalarang, Jawa Barat di Indonesia. Sejak ia dirasmikan pada tahun 2010, bangunan ini sudah mencuri perhatian bukan sahaja warga sekitar, tetapi juga di alam maya.

Masjid yang dirancang oleh Ridwan Kamil, arkitek Indonesia ini direka mirp kepada bangunan Kaabah di Makkah, berbentuk kubus dengan warna kelabu. Rekaanya sederhana, tidak mempunyai perhiasan yang banyak namun tetap memiliki keindahannya yang tersendiri. Dinding masjid diperbuat daripada batu-bata yang disusun sedemikian rupa sehingga membentuk ruang yang boleh dibaca sebagai dua kalimat syahadah.

Selain memiliki fungsi artistik, lubang-lubang ini juga berfungsi sebagai lubang udara. Menjelang malam ketika lampu di dalam masjid mula dinyalakan, sinar lampu akan menerobos lubang-lubang ini sehingga jika ia dilihat daripada luar, ia kelihatan seperti masjid yang memancarkan cahaya berbentuk kalimat syahadah. Sangat mengagumkan.

Keindahan tidak hanya tampak dari luar masjid. Di dalam masjid terdapat 99 lampu bulat berukir Asma-ul-Husna yang jika dinyalakan, cahayanya akan membentuk nama-nama suci Allah SWT. Terasa sekali kemegahannya. Masjid Al Irsyad juga seolah ingin mendekatkan kita pada alam. Lantai tepi mimbar dimanfaatkan untuk kolam di lantai. Bunyi gemericik air kolam memberikan suasana teduh yang dapat menambah ketenangan ketika beribadah.