Mandela kritikal bernafas dengan bantuan mesin

Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela kini terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan kerana tidak dapat bernafas sendiri.

Perkara itu didedahkan oleh seorang ketua keluarga Mandela yang sering mengetuai mesyuarat keluarga, Napilisi Mandela selepas melawat bekas Presiden kulit hitam pertama negara ini, semalam.

“Benar, beliau kini menggunakan mesin untuk bernafas. Keadaannya semakin teruk, tetapi apa yang kami boleh buat,” katanya.

Presiden Jacob Zuma lewat semalam turut membatalkan satu lawatan ke negara jiran Mozambique selepas beliau melawat Mandela di Hospital Pretoria dan mendapati keadaan ikon Afrika Selatan itu masih kritikal.