Pengurup matawang tidak berlesen di Malaysia telah membantu pengendali pertukaran mata wang global yang menjalankan operasi pengubahan wang haram atas talian berjumlah US$6 billion (RM18.33 billion), hab bagi penjenayah menjual segala-galanya menggunakan identiti dicuri untuk pornografi kanak-kanak, lapor The New York Times (NYT).

Pengurup mata wang yang digelar Liberty Reserve dipercayai pengubah wang haram siber terbesar di dunia dan berpangkalan di Amerika Syarikat. Ia juga dikendalikan dengan baik di luar sempadan negara serta peraturan-peraturan perbankan antarabangsa tradisional, menyediakan perlindungan mudah dan menyembunyikan nama, semakin dicari oleh penjenayah untuk membiayai aktiviti mereka, kata akhbar berpengaruh itu, memetik pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang Amerika.

Liberty Reserve bertanggungjawab bagi pengubahan berbilion-bilion dolar sejak tujuh tahun lalu, menjalankan 55 juta urus niaga melibatkan berjuta-juta pelanggan di seluruh dunia, termasuk kira-kira 200,000 di Amerika Syarikat, menurut pendakwa raya persekutuan Amerika Syarikat yang dilaporkan telah mengemukakan tuduhan terhadap pengurup mata wang di Manhattan semalam.

Menurut NYT yang memetik kertas pertuduhan, sistem Liberty Reserve dicipta untuk membenarkan orang memindahkan jumlah wang besar dan kecil di seluruh dunia hanya dengan menggunakan alamat e-mel yang tidak memerlukan identiti pengguna, malah tidak perlu disahkan.

Liberty Reserve juga tidak melakukan atau menerima pembayaran tunai secara langsung tetapi menggunakan pengurup “pihak ketiga” yang “cenderung tidak berlesen menghantar wang perniagaan tanpa pengawasan kerajaan atau peraturan, tertumpu di Malaysia, Russia, Nigeria dan Vietnam”.

Memetik lagi dari kertas pendakwaan, NYT melaporkan pengurup “pihak ketiga” akan menerima dan membuat pembayaran, kemudian kredit atau debitkan ke akaun Liberty Reserve, membenarkan Liberty Reserve mengelakkan mengumpul apa-apa maklumat perbankan pelanggan dan tidak meninggalkan “jejak kertas kewangan berpusat”.

Mereka yang menerima mata wang Liberty Reserve ini “kebiasaannya penjenayah”, menurut kertas dakwaan seperti yang dilaporkan oleh NYT.

“Mereka termasuk, sebagai contoh: pengedar data kad kredit dicuri dan maklumat identiti peribadi; peniaga pelbagai jenis atas talian Ponzi dan skim cepat kaya; penggodam komputer untuk disewa; perusahaan perjudian haram dan laman sesawang bawah tanah urusan dadah,” akhbar tersebut memetik kertas pendakwaan.

“Seperti dikatakan, satu-satunya kebebasan yang Liberty Reserve berikan kepada ramai penggunanya adalah kebebasan untuk melakukan jenayah — identiti tidak diketahui, dan ia menjadi hab popular untuk penipu, penggodam dan pengedar,” kata Preet Bharara, peguam Amerika Syarikat di Manhattan, dipetik berkata dalam sidang akhbar di Manhattan semalam.