Lebuhraya SMART akan ditutup Rabu ini di Kuala Lumpur bermula 11 malam sehingga 6 pagi bagi kerja penyelenggaraan sistem terowong lebuhraya itu.

Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, pengguna boleh menghubungi talian bantuan SMART 1-300-88-7188 untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai penutupan itu.