Heboh sekarang di dunia blog bahawa lagu nyanyian Zizan Raja Lawak, yang juga menampilkan bersama artis baru Nor Atiqa Noor Azraff atau Kaka, diharamkan daripada siaran oleh kerajaan Malaysia. Penulis lagu Bawaku Pergi, Malique menganggap tindakan mengharamkan lagu itu sebagai keputusan yang tidak adil serta menidakkan kebebasannya untuk bersuara. Lagu nyanyian Zizan Razak dan Kaka itu diterbitkan oleh syarikat rakaman Warner Music dan telah dipasarkan pada Februari lalu.

Betulkah lagu ini mengalakkan para remaja lari dari rumah? Mungkin sekali dengar dan berfikiran negatif, persoalan itu boleh timbul. Namun remaja tidak mungkin boleh memiliki “buku merah” (pasport) seperti yang disebut di dalam lirik lagu, kerana tidak cukup umur dan juga atas faktor kos. Oleh itu pada saya alasan itu tidak bijak untuk diterima. Tidak wajar lagu ini diharamkan semata-mata kerana salah-faham seperti ini.