Kucing Berak

Ketika kekecohan yang ditimbulkan akibat kegagalan pihak yang berkenaan untuk mengawal para penyokong bolasepak yang datang ke stadium sehinggakan kapasiti stadium melimpah, sesuatu yang agak lucu berlaku pada waktu perlawanan ditangguhkan. Seekor kucing kelihatan memasuki kawasan di tengah padang stadium dan “melepaskan hajat” yang sejak sekian lama terpendam. Seluruh rakyat Malaysia dapat melihat kejadian ini disiarkan secara langsung melalui Astro Arena 801.

Saksikan video yang merakamkan kejadian lucu ini.