Kevin Rudd

Kevin Rudd sekali lagi akan menjadi Perdana Menteri di Australia selepas muncul pemenang dalam undian bagi memilih kepimpinan Parti Buruh Australia. Beliau mengalahkan Perdana Menteri Julia Gillard, yang berikrar untuk bersara daripada politik dalam pilihan raya akan datang, dengan memperoleh 57 undi berbanding 45 pada Rabu malam di Canberra. Rudd, yang fasih berbahasa Mandarin, menjadi Pengerusi Parti Buruh dan bakal mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada Khamis pagi.

Timbalan Perdana Menteri yang baru pula ialah Anthony Albanese yang menggantikan Wayne Swan.

Gillard mengetepikan Rudd tiga tahun lepas bagi jawatan perdana menteri dan menjadi perdana menteri wanita pertama bagi negara ini.

Sementara itu, anak kelahiran Malaysia Penny Wong, dipilih tanpa bertanding sebagai ketua Senat yang menjadikan beliau ahli politik ketiga paling berkuasa di Australia selepas Perdana Menteri dan timbalannya. Wong, seorang daripada ahli politik paling dihormati dan dikagumi di Australia, dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah dan menjadi peguam di Adelaide sebelum menyertai parlimen.