Seorang anggota kerabat diraja Arab Saudi, Putera Fahd al-Saud membelanjakan sebanyak AS$19.5 juta (RM60.4 juta) selama tiga hari untuk berhibur di Disneyland Paris bagi meraikan kejayaannya memperoleh ijazah, sumber yang mengetahui perkara tersebut memberitahu. Putera tersebut telah menempah seluruh kawasan di Disneyland itu pada 22 hingga 24 Mei lalu untuk 60 orang tetamunya.

Menurut Euro Disney yang mengendalikan taman tema tersebut, beberapa acara khusus termasuk kemunculan sejumlah watak Disney diadakan khas untuk meraikan putera tersebut. Pasukan keselamatan khas turut mengawasi Fahd yang merupakan salah seorang pelanggan utama Disneyland.

Taman tema tersebut menarik kehadiran 16 juta pengunjung pada tahun lepas tetapi belum memperoleh sebarang keuntungan sejak ia dibina 20 tahun lalu.