Kementerian Pelajaran akan mengkaji modul yang digunakan oleh sekolah swasta sehingga berjaya mewujudkan program bertaraf dunia untuk diadaptasi oleh sekolah kerajaan. Timbalan Menterinya, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, usaha itu diyakini dapat membantu memperkasakan lagi modul yang diguna sekolah seliaan kementerian pada masa sekarang.

‚ÄúTidak salah kajian itu dijalankan, misalnya kejayaan Sekolah Cempaka Malaysia yang muncul sebagai johan keseluruhan bagi tahun kelima berturut-turut pada Sukan Pendidikan Dunia (WEG),” katanya kepada pemberita selepas konvokesyen kali ketiga Institut Pendidikan Guru (IPG) di sini hari ini.

Katanya pada masa yang sama, pihak kementerian juga sedia berkongsi modul pendidikannya dengan sekolah swasta kerana sekolah kerajaan juga banyak mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa.