Indeks jerebu Singapura mencecah paras kritikal 400 mata pada hari ini, menjadikannya berpotensi mengancam nyawa kepada yang sakit dan orang tua, menurut laman pemantauan kerajaan.

Tahap ini telah dicapai pada 11 pagi tadi selepas kenaikan yang pesat dalam Indeks Standard Pencemaran (IPU), yang mengukur krisis jerebu yang disebabkan oleh kebakaran hutan di Indonesia.