klgsteer 11

Pelabuhan Klang pula diselubungi jerebu tebal pada pagi ini. Indeks Pencemaran Udara (IPU) dicatatkan pada paras 487 jam 7 pagi, menurut laman web Jabatan Alam Sekitar. Ia telah mencapai tahap berbahaya petang semalam, pada 319.

Kawasan ini menanggung beban jerebu sekarang kerana pergerakan asap ke utara dari Muar dan Ledang, di mana keadaan darurat telah diisytiharkan pada hari Ahad. Bandar pelabuhan di Selangor ini telah mencatatkan IPU lebih 280 pada dua hari yang lepas.

Lain-lain tempat di Selangor juga mencatatkan indeks di atas paras berbahaya 300 iaitu Banting pada 292, dari 207 petang semalam, dan Shah Alam (289).

Kuala Selangor mencatatkan bacaan 242.

Lokasi kelima terjejas teruk oleh jerebu pagi ini adalah Seri Manjung di Perak, hampir 200km dari Pelabuhan Klang.

Di Malaysia, 19 kawasan masih dilabel tidak sihat dengan indeks IPU antara 101 dan 200.