Players spray water at their coach Alberto Zaccheroni (C) during a jublation after their football match against Australia in the Asian final qualyfying round for the 2014 World Cup in Saitama, suburban Tokyo on June 4, 2013. Japan became the first team to join at next year's World Cup finals after a 1-1 draw against Australia.  AFP PHOTO / KAZUHIRO NOGI

Juara Asia, Jepun muncul pasukan pertama yang layak ke kejohanan bola sepak Piala Dunia 2014 di Brazil setelah seri 1-1 dengan Australia dalam aksi Kelayakan Zon Asia di Saitama, hari ini.

Pemain tonggak, Keisuke Honda menjaringkan gol penyamaan Jepun menerusi penalti pada minit ke-90, untuk perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1. Satu mata yang diraih itu bermakna Jepun sudah mengesahkan satu daripada dua slot dari Kumpulan B Kelayakan Asia, dengan baki satu perlawanan.

Pada separuh masa pertama yang menarik, sepakan percuma Yashuhito Enda tersasar ke kiri gawang gol sebelum merembat ke atas gawang dengan kaki kirinya 10 minit kemudian. Jepun terus mengasak dan Shinji Kagawa memaksa Mark Schwarzer untuk melakukan halangan dari jarak dekat sebelum pertahanan sempat menyelamatkan keadaan.

Australia kemudian mendapat momentum dan mencipta peluang terbaik apabila hantaran Brett Holman kepada Robbie Kruse membawanya berhadapan dengan penjaga gol Jepun. Walaubagaimanapun, Eiji Kawashima cuba menyelamatkan keadaan sebelum Tim Cahill melakukan rembatan namun tersasar. Jepun menguji lagi lapan minit selepas babak kedua dimulakan sementra Kagawa menggelecek bola dalam kotak penalti yang kemudian membuat hantaran kepada Honda yang melakukan percubaan tetapi tidak berhasil.

Lapan minit sebelum masa tamat, Oar menyumbat gol untuk Australia. Namun, nasib menyebelahi Jepun pada masa penamat apabila bola terkena tangan Matt McKay dalam kotak penalti.