Leuniey Dan Suami

Sejuk mata memandang apabila Leuniey Natasha, isteri kepada penjaga gol skuad bolasepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat ataupun lebih dikenali sebagai Apek, mula memakai tudung. Tidak diketahui pula sama ada Leuniey sudah pun bertudung sepenuhnya atau hanya sekadar cuba-mencuba. Namun yang pasti, kecantikan Leuniey lebih terserlah apabila mula bertudung. Tentunya Apek ialah orang yang paling gembira sekiranya Leuniey memakai tudung sepenuhnya.

Harap-harap begitulah.

Respek dengan pasangan suami isteri ini kerana mereka memang nampak bahagia dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Kredit gambar: Instagram Leuniey Natasha

(Sumber Berita)