JerebuKL 500x333 IPU jerebu terkini Lembah Klang meningkat, Port Dickson tahap bahaya

Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Lembah Klang meningkat pagi ini menghampiri paras Sangat tidak sihat sekitar Cheras, Shah Alam, Petaling Jaya dan Putrajaya berbanding semalam. Jabatan Alam Sekitar menerusi laman sesawangnya melaporkan bacaan Pelabuhan Klang mencatatkan IPU Sangat tidak sihat dengan bacaan 296 manakala Putrajaya pula 155.

Secara amnya, keadaan jerebu terkini seluruh negara pada 24 Jun 2013 di seluruh negara sehingga 7 pagi ini menunjukkan sedikit perubahan berbanding semalam dengan hanya satu kawasan mencatatkan kualiti udara pada tahap bahaya iaitu Port Dickson dengan bacaan IPU 335.

Jerebu kini telah beralih ke arah atas Semenanjung, menjejaskan kawasan Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan, Pahang dan Selangor. Bandar Muar yang telah mencatatkan bacaan IPU paling tinggi 746 di Malaysia semalam, kini semakin pulih dengan bacaan IPU turun kepada 148.

Tiga kawasan mencatatkan kuliti udara sangat tidak sihat iaitu Bukit Rambai (Melaka) dengan 260, Pelabuhan Kelang (Selangor) 296 dan Kemaman (Terengganu) 249. Bacaan IPU juga telah meningkat di beberapa kawasan Wilayah Persekutuan, dengan Batu Muda mencatat IPU sebanyak 191, Putrajaya mencatat 155 manakala Cheras telah mencatat bacaan sebanyak 157.

Di Selangor pula, Banting menunjukkan bacaan IPU 178, Petaling Jaya 198 dan Shah Alam 157.

Bagi kawasan-kawasan lain, Kuantan dan Indera Mahkota pula masing-masing mencatat bacaan IPU 198 dan 171, manakala di Perak pula, Sri Manjung mencatat bacaan IPU sebanyak 141.

Carian terma terkini:

  • ipu terkini
  • ipu jerebu terkini
  • bacaan indeks ipu bukit rambai paras sangat tak sihat lebih 250