Pemerintah Indonesia menganggap dingin prestasi positif ekonomi Filipina yang telah berjaya memintas Indonesia. Plt Kepala Badan Kebijakan Fiskal, Bambang Brodjonegoro berkata bahawa beliau tidak boleh menerima jika ekonomi Indonesia diatasi oleh ekonomi Filipina.

Beliau menjelaskan bahawa ekonomi Indonesia sudah jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Filipina. Tetapi pada masa sekarang, momentum ekonomi Filipina sedang berada pada tahap yang lebih baik untuk meningkatkan pertumbuhan ekonominya.

“Sekarang gini deh. Kalau Indonesia dan Filipina, Filipina sama Indonesia lebih kompleks mana sih? Jadi kalau kita bisa menaikkan ranking kita, itu sudah prestasi. Kita sudah getting better. Filipina itu sekarang sedang dalam momentum bagus, pertumbuhan ekonomi 6,6 persen, dapat investment grade, Current Accountnya surplus. Berarti dia punya momentum. Dan dia lagi reform,” ujar Bambang usai Rapat Kerja bersama Komisi XI di Gedung DPR, Jakarta pada hari Khamis.

Menurut beliau lagi, Indonesia punya kerumitan yang tinggi berbanding Filipina. Oleh yang demikian, pencapaian pertumbuhan ekonomi di atas 6 peratus sudah menunjukkan prestasi yang baik.

“Kita tidak ada kalah atau menang. Filipina itu sudah lama sekali enggak ngerasain pertumbuhan ekonomi 6 peratus. Dia itu pernah dianggap orang sakitnya Asia, kerana lama sekali pertumbuhannya jelek. Kita kan selepas krisis 98 recovernya cepat,” tegasnya.

Bambang menambahkan, masalah Indonesia pada saat ini hanya tidak mampu menembus pertumbuhan ekonomi di atas 7 peratus, sehingga Indonesia harus memperbaiki momentum dan gerakan-gerakan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Dibanding dengan Filipina, beliau mengakui kelemahan Indonesia dalam memberanteras isu rasuah.

“Makanya saya bilang, mencari rasuah di 240 juta sama Filipina berapa sih? 60-70 juta kan beda. Beda lah. Negaranya dengan luas kayak begini, dengan 500-an daerah. Kita appreciate juga kita rankingnya naik. Kalau kalah bagus sih buat motivasi,” katanya.

Sebelumnya, dengan ekonomi yang tumbuh pesat dan tenaga kerja yang cekap, Filipina melonjak lima tahap dalam Kedudukan Daya Saing Dunia tahun ini. Dari kedudukan di level 43 tahun lalu, Filipina kini mendarat di angka 38 dalam kaji selidik global terhadap daya saing tahun ini yang digelar sekolah perniagaan antarabangsa IMD. Ada 60 negara yang diliputi dalam kaji selidik tahunan.

Peringkat suatu negara dilihat sebahagian besar dari sektor perniagaan, memberi tumpuan kepada empat kategori utama: prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan, kecekapan perniagaan dan infrastruktur. Di bidang prestasi ekonomi, Filipina memperbaiki 11 mata daripada 42 mata pada tahun lalu menjadi 31 mata pada tahun ini. Hal ini disebabkan pertumbuhan prestasi yang menggalakkan pertumbuhan tahun lalu, apabila ekonomi berkembang sebanyak 6.6 peratus, melebihi sasaran kerajaan sebanyak 5-6 peratus.