Perlawanan timbal balik tahunan menentang Singapura yang dijadualkan pada 4 Jun ini telah dibatalkan dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menggantikan perlawanan itu dengan aksi persahabatan di Canberra dan Sydney, Australia.

Sehubungan dengan itu, jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal telah menyenaraikan 26 orang pemain untuk ke kem latihan bermula 29 Mei ini. Antara muka baru yang dipanggil adalah Nazrin Nawi (Negeri Sembilan), Nizad Ayub (PKNS) dan Farid Ramli (Darul Takzim).

Pasukan akan ke Australia dari 3 hingga 15 Jun 2013 dan kemungkinan akan menentang Canberra All Stars, Sydney United dan Sydney Olympic.