Haniz Zalikha

Penulis blog yang kini semakin dikenali sebagai pelakon dan pengacara, Haniz Zalikha tidak tahu punca gambar mesranya bersama seorang lelaki, tersebar luas di internet baru-baru ini. Namun Hanis mengakui lelaki dalam gambar tesebut merupakan teman lelakinya namun hubungan mereka telah lama putus.

“Lelaki tu bekas teman lelaki saya dan sebenarnya gambar tu gambar dua tahun lepas. Dia yang muat naik gambar tu di Instagram dia. Saya tak tahu kenapa dia buat macam tu. Mungkin tiba-tiba dia terkenang kembali kot… “, katanya sambil tersenyum.

Pemilik nama sebenar Hanis Zalikha Zainal Rashid, 23, diminta mengulas mengenai isu gambar dia bersama seorang lelaki yang dipercayai kekasihnya. Gara-gara gambar tersebut, ramai yang mengutuk dan menganggap Hanis suka propa.

Tambah Hanis, pada awalnya dia tidak ambil pusing mengenai gambar tersebut. Tetapi apabila berita itu keluar di akhbar, timbul rasa kurang senang dalam dirinya. Pun begitu, Hanis menjadikan perkara itu sebagai asam garam dalam dunia artis.

“Mula-mula saya tak kisah sangat, sebab yang upload tu dia bukan saya. Tapi bila dah keluar di surat khabar, saya rasa tak best. Tapi apa yang saya tahu, dia dah delete gambar tu.

“Bagi saya, ini semua lumrah. Banyak yang masih saya yang perlu belajar untuk berdepan dengan situasi macam ni. Tapi sebagai artis, saya faham yang orang akan sentiasa nak tahu tentang kita. Orang yang tak senang dengan kita tu akan sentiasa ada. Itu perkara biasa. Saya juga banyak bertanyakan pada rakan artis yang berpegalaman seperti Lisa Surihani dari segi kerja dan macam mana nak berdepan dengan situasi kalau terjadi hal-hal begini “, ujarnya yang menyatakan sehingga kini dirinya masih solo.