Grumpy Cat

Ratu kucing muram iaitu Grumpy Cat dilaporkan bakal ke layar perak, susulan populariti sekelip mata kucing itu di internet.

Penerbit filem, Todd Garner dilaporkan sedang dalam usaha untuk menghasilkan filem berkisarkan Grumpy Cat, atau nama sebenarnya Tardar Sauce, yang akan menyerupai filem “Garfield”.

Grumpy Cat sememangnya mempunyai ramai peminat apabila ia meraih lebih 965,000 likes di laman Facebook dan pernah dinamakan sebagai kucing paling berpengaruh oleh MSNBC.