googlehome

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan ke-56 hari ini, pihak Google telah mengemaskini halaman Google Malaysia, dengan menggunakan doodle khas untuk meraikannya. Daripada apa yang dapat dilihat, bentuk doodle kali ini menggunakan elemen bunga raya dan bendera Malaysia bersama-sama dengannya.

Ini bukanlah kali pertama pihak Google memperkenalkan doodle khas, dimana sebelum ini mereka turut pernah melakukan perkara yang sama pada tahun lepas. Google Malaysia juga turut memperkenalkan sebuah doodle khas sempena Pilihanraya Umum ke-13 pada awal tahun ini.

Sumber Berita: Amanz dan Zeo