Satu gempa bumi berukuran 6.1 skala Richter menggegarkan luar perairan Kepulauan Solomon hari ini. Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), setakat ini belum ada amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa berlaku di Kepulauan Santa Cruz, kira-kira 89 kilometer ke selatan pedalaman Lata pada kedalaman 64 kilometer di bawah tanah.

Gempa bumi pada Februari lalu yang berukuran 8 skala Richter di kawasan sama menyebabkan 10 orang maut, beratus-ratus kediaman musnah dan beribu-ribu orang dipindahkan.