Rayqal Ramli

Walaupun berlainan ibu, namun hubungan mesra tetap juga terjalin di antara anak kepada pelakon popular Nora Danish dan Fasha Sandha. Fasha, yang selamat melahirkan Putera Rayfal Ramli pada 15 April lalu hasil perkongsian hidupnya dengan suaminya iaitu Rizal Ashram yang juga merupakan bekas suami Nora Danish, sempat berkongsi gambar terbaru anaknya di laman Instagramnya bersama anak tirinya, iaitu Putera Rayqal Ramli, 4 tahun.

Nampak terserlah sifat penyayang dan pelindung Rayqal terhadap adiknya yang comel itu.

Harapan kami agar mereka akan membesar dengan baik dan sihat, serta menjadi anak yang soleh kepada kedua-dua ibu bapa mereka kelak.