Pelakon Fouziah Ghous akhirnya mendedahkan bahawa dia bakal mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Md Zhafran Md Yusof pada Sabtu ini. Pasangan ini juga tidak akan bertunang dalam tempoh yang lama apabila mereka membuat perancangan untuk disatukan pada bulan September depan. Fouziah mengakui dirinya tidak gemar membuang masa dalam bercinta selain keputusan itu diambil untuk mengelakkan sebarang fitnah kerana mereka merupakan rakan kongsi perniagaan.

“Zhaf kenal perangai saya. Dia tahu saya jenis yang tidak suka membuang masa ketika bercinta. Saya lebih percaya kepada percintaan selepas berkahwin, disebabkan itu dia melamar walaupun baru beberapa bulan kami bercinta.

“Sekurang-kurangnya ikatan ini dapat mengelak kami difitnah. Kami membuat keputusan tidak mahu mengikat tali pertunangan terlalu lama kerana kami rakan kongsi perniagaan. Apabila adanya ikatan yang sah, lebih mudah untuk kami menguruskan perniagaan bersama-sama. Jadi tidaklah menjadi buah mulut orang jika sering dilihat bersama,” katanya lagi.

Tahniah diucapkan buat Fouziah dan pasangan! Semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.