Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia, Farhan Azizan, 29, menafikan dia sudah putus tunang dengan tunangannya, Ahmad Rashdan Suhaimi, 30. Farhan mengikat tali pertunangan pada Februari tahun lalu dan mengikut perancangan awal dia akan mendirikan rumahtangga pada setahun kemudiannya. Namun sehingga kini, tiada ura-ura majlis perkahwinannya akan diadakan dalam masa terdekat ini.

Mengulas mengenai perkara itu, Farhan berkata kepada media:

“Alhamdulillah, sampai ke hari ini kami masih menjadi tunangan. Insya-Allah kami akan berkahwin selewat-lewatnya awal tahun depan”. Tidak pula kita ini hendak melewatkan jodoh tetapi saya syukur tunang saya memahami situasi saya itu selain dia juga ada fokus ke atas kariernya sendiri. Jadi kita sepakat tunggu masa yang paling sesuai untuk berkahwin.”

Farhan juga berharap hubungan yang dibinanya kelak akan berkekalan sehingga ke akhir hayat dan dapat menempuh susah dan senang bersama-sama teman hidupnya itu. Semoga dipermudahkan oleh Allah SWT segala perancangan yang telah dibuat Farhan menjelang hari bahagianya itu nanti.