Crystal Palace isi slot terakhir ke EPL

Crystal Palace kembali ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas lapan tahun apabila meraih slot terakhir dengan menewaskan Watford 1-0 pada final playoff di Wembley, malam tadi.

Selepas terikat tanpa jaringan pada 90 minit masa sebenar, gol kemenangan Palace akhirnya diperolehi menerusi sepakan penalti Kevin Phillips pada minit ke-105. Dengan kejayaan itu, Palace mengiringi dua pasukan teratas Liga Kejuaraan, Cardiff City dan Hull City yang terlebih dahulu layak ke EPL menerusi dua slot automatik.

Tiga kelab berkenaan naik ke EPL untuk menggantikan tiga pasukan tercorot musim ini — Wigan, Reading dan QPR yang bakal turun ke saingan Liga Kejuaraan, musim depan.